Gadaian

Transaksi Gadaian


Nilai Pembiayaan (Pinjaman)
Ar-Rahn membolehkan anda membuat pinjaman wang tunai dari 10% sehingga 75%  (Masih Boleh Dirunding  bergantung kepada jumlah Marhun / Barang Gadaian & MUTU) berdasarkan nilai emas (marhun) dan tidak lebih dari rm150k di mana hanya 100k sahaja dibenarkan dalam sehari.walau bagaimanapun, penggadai masih boleh berunding untuk membuat pinjaman lebih.
Tempoh Gadaian
• Tempoh Gadaian asas selama 6 bulan (Tempoh Matang), tambahan tempoh gadaian boleh dilakukan selama 6 bulan (extend)( Tempoh gadaian maksimum adalah 12 bulan tanpa bayaran upah)

Rujuk Graph dibawah untuk lebih pemahaman

Tarikh Gadaian <------> Tarikh Matang  <------> Tambahan Masa
            |-----------------------------|------------------------------|
               <------- 6 Bulan ------>   +    <------- 6 Bulan ------->
               <--------------------- 12 Bulan ----------------------->
  
• Lanjutan tempoh gadaian yang tiada had (Selagi Bayaran Upah Dilakukan).
Mutu Emas yang diterima
• EMAS 999 -24.0K
• EMAS 950 -23.0K
• EMAS 916 - 22.0K
• EMAS 900 – 21.0K
• EMAS 835 – 20.0K
• EMAS 750 – 18.0K
Syarat Kelayakan
• Berumur 18 tahun ke atas.
• Bukan warganegara.
Dokumen Yang Perlu Dibawa
• Barang kemas (meliputi mutu emas yang telah ditetapkan)
• Kad Pengenalan asal /passport*/waran pas *(bagi Wilayah Selatan Thai)
• *RESIT PEMBELIAN* tidak diperlukan untuk membuat gadaian
Kelebihan
• Pembiayaan mengikut Syariah
• Cepat, Mudah dan selamat
• Barang Gadaian dijamin keselamatannya
• Setiap cawangan arrahn kami Mempunyai tahap keselamatan yang tinggi (pengawal keselamatan – siang, cctv dipantau 24 jam)
• Upah Simpan yang rendah
• Kadar upah tetap(tidak berubah) sehingga penebusan
• Tempoh gadaian tiada limit
• Caj perkhidmatan serendah RM0.50 seumur hidup
• Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai
• Anda tidak perlu mengisi sebarang borang
• Anda tidak perlu membuat salinan kad pengenalan.
• Bukan warganegara juga dialu-alukan membuat gadaian
Jenis barang emas(marhun):

Jenis Emas (Marhun)

Gelang tangan
Rantai tangan
Rantai leher
Rantai Kaki
Cincin
Subang
Loket
Kancing baju
Dinar
Jongkong emas/Gold Bar (Sijil Pengesahan Diperlukan Sila Hubungi Kami Untuk Keterangan Lanjut)
Lain-lain
*Sebarang Perubahan Adalah Tertakluk Kepada Terma dan Syarat.

No comments:

Post a Comment