KONSEP SISTEM GADAIAN ISLAM
RAHNUN (GADAIAN)
1. Definisi
Rahnun dari
sudut bahasa bererti: kekal, tetap dan tahan. Rahnun bererti “gadaian”
dalam bahasa Malaysia. Menurut bahasa, ertinya mempertaruhkan sesuatu
umpamanya menggadai nyawa, menggadaikan tanahair dan sebagainya.
Menurut istilah hukum fekah atau hukum syarak, erti rahnun
atau “gadai” ialah: menjadikan sesuatu barang sebagai
cagaran kepada sesuatu hutang buat menjelaskan hutang itu ketika tidak kuasa
membayarnya.
2. Dalil Gadaian
Hukum bergadai adalah harus iaitu harus bergadai
dengan sesuatu atau apa-apa barang yang sah diperjualbelikan.
Ertinya apa-apa barang atau sesuatu yang sah dijual maka ia sah digadai.
1. Firman Allah (Al-Baqarah: 283)
Dan jika kamu dalam perjalanan dan tidak memperolehi jurutulis, hendaklah
kamu menerima gadaian.
2. Hadith
riwayat Bukhari daripada Anas katanya:
Rasulullah
s.a.w. menggadaikan baju rantai kepada seorang Yahudi di Madinah dan baginda
mengambil daripadanya gandum untuk keluarganya.
3. Hadith
daripada Aisyah r.a.:
Bahawa Nabi s.a.w. telah membeli daripada seorang Yahudi makanan dalam suatu
tempoh, dan baginda menggadaikan kepada Yahudi itu baju rantai kepunyaannya
yang diperbuat daripada besi.
3. Hikmah Gadaian Dalam Islam
Berhutang adalah merupakan suatu jalan bagi mengatasi
kesulitan perbelanjaan. Kadang-kadang orang-orang yang berkemampuan tidak
sanggup hendak memberi hutang kepada seseorang yang dipercayainya kecuali
dengan sesuatu cagaran.
Dengan adanya cagaran itu, hutang yang diberikan itu
akan terjamin dan terselamat. Memandangkan kepada keadaan inilah
Islam mengharuskan bermualamat dengan cara bergadai iaitu berhutang
dengan meletakkan suatu pertaruhan atau cagaran supaya terjamin pembayarannya
bila mana sampai tempohnya kelak.
Dengan cagaran itu, pihak memberi hutang tidak merasa
apa-apa keraguan lagi kerana bila sampai tempohnya nanti, walaupun orang
yang berhutang itu tidak sanggup menjelaskannya, pemberi hutang yang memegang
gadaian itu boleh menjualnya dan mengambil harganya sekadar yang telah
diperhutangkannya.
Contohnya: Bakar memerlukan wang sejumlah RM3,000.
Untuk mendapat wang sejumlah tersebut dia terpaksa berhutang daripada
Fakhri dengan menggadaikan kebun getahnya iaitu sebagai cagaran kepada
hutangnya itu dengan perjanjian apabila dia tidak dapat melunaskan
hutangnya itu dalam tempoh yang telah ditetapkan, Fakhri bolehlah menjual
kebun tersebut; dan jika harganya lebih mahal daripada jumlah wang yang
diperhutangkan itu, wang selebihnya itu hendaklah diberikan kepada Bakar
kerana ianya adalah kepunyaan Bakar.
Istilah-Istilah Penting:
1. Bakar yang memerlukan wang itu dinamakan rahin
(penggadai).
2. Fakhri yang memberikan wang dinamakan murtahin
(pemegang gadai).
3. Kebun yang dicagarkan itu dinamakan marhun
(yang digadaikan).
4. Wang sebanyak RM3,000.00 itu dinamakan marhun
bih (hutang gadaian).
Muamalat cara ini mestilah dengan ada ucapan di antara si
penggadai dan si pemegang gadai.
4. Rukun-rukun Gadaian
4 rukun-rukun gadaian:
1. Rahin
dan murtahin (penggadai dan pemegang gadai). Kedua-duanya
hendaklah:
(a) Berkeahlian
mengurus hartanya (ahliyatut tabarru’). Dengan syarat ini,
penjaga, bapa atau lainnya, tidak boleh menggadaikan harta kanak-kanak dan
harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa atau ternyata ada keuntunganya.
(b) Akil
baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan orang-orang gila.
(c)
Tidak dipaksa: melakukan gadai mestilah dengan kehendak
sendiri. Tidak sah jika dipaksa.
2.
Barang yang digadai – barang-barang yang digadai hendaklah barang-barang
yang sah diperjualbelikan. Barang-barang yang tidak sah
diperjualbelkan, tidak sah ianya digadaikan.
3. Marhun
bih – bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu mestilah
hutang yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak berupa hutang
seumpama benda yang wajib diganti seperti barang yang dirampas, barang pinjaman
atau sebagainya.
4. Sighah
– tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan kabul.
Syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat pada urusan berjualbeli.
Tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain atau berselang lama.
Juga tidak sah jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.
Menurut pendapat setengah ulama, sah bergadai secara
unjuk terima, rida meridai di antara kedua pihak seperti kata orang yang hendak
berhutang: “Berilah hutang kepada saya sebanyak RM500 dan saya
berikan kepada saudara geran tanah saya ini sebagai
gadaiannya”. Maka diberikan wang sebanyak yang tersebut dan pemberi
wang menerima grant itu sebagai cagarannya.
5. Tarik Balik Gadaian
Harus bagi penggadai, menarik balik akadnya
atau membatalkan gadaiannya itu selagi pemegang gadai atau wakilnya belum
memegang barang gadaian itu. Jika sudah memegangnya, berjalanlah
kuatkuasa gadaian itu dan penggadai tidak lagi berhak menarik balik
gadaiannya dan tidak lagi berhak melakukan apa jua yang boleh menghilangkan hak
milik hartanya itu seperti hendak menjual atau mewakafkan atau sebagainya.
6. Menggunakan Barang Gadaian
Sesungguhnya barang yang digadai itu adalah masih
menjadi hak kepunyaan penggadai. Oleh yang demikian penggadai
harus mengambil faedah daripada apa yang digadainya itu jika tidak
mengurangkan nilai harganya seperti menunggangi haiwan, mendiami rumah atau
sebagainya. Bahkan ia boleh memberi sewa sekiranya diizinkan oleh
pemegang gadai.
Adapun pemegang gadai, dia tidak boleh mengambil
faedah daripada barang gadaian itu atau menggunakannya. Tetapi
ada setengah-setengah ulama mengatakan harus sekiranya diizinkan
oleh orang yang menggadai. Jadi, sekiranya pemegang gadai mengambil manfaat
dari barang gadaian itu, sayugialah penggadai dengan tulus ikhlas dan bersih
hati menghalalkan faedah-faedah barang gadaian itu sebagai mengenang budi di
atas pertolongannya memberi hutang kepadanya itu. Dengan cara ini
juga, terhindar dari bahaya riba.
Jika ditinjau dari sudut kemanusiaan, pemegang
gadai kurang elok mengambil faedah dari barang gadaian, kerana jika demikian,
hilanglah semangat memberi pertolongan kepada orang-orang yang berhajat atau
dalam kesusahan itu.
7. Perbelanjaan Ke Atas Barang Gadaian
Jika barang gadaian itu berkehendakan perbelanjaan
seperti makan minum ternakan, menyiram pokok-pokok yang
digadai atau sebagainya, maka segala perbelanjaan itu adalah
tertanggung ke atas penggadai (rahin), bukannya ke atas pemegang gadai
(murtahin).
8. Rosak Barang Gadaian
Pemegang gadai merupakan pemegang amanah ke atas barang yang
digadaikan kepadanya. Dia bertanggungjawab menjaganya dengan penuh
perhatian. Jika berlaku kerosakan yang tidak sengaja, tidak dikenakan
apa-apa gantian ke atasnya. Tetapi jika berlaku kerosakan dengan sebab
kecuaian atau ketaksirannya, wajib pemegang gadai menggantikannya. Kerosakan
yang berlaku ke atas barang gadaian itu tidak sedikitpun menggugurkan hutang.
9. Apakah syarat-syarat barang gadaian?
1. Suci dari segi syarak.
2. Barang yang hendak digadaikan perlulah barang
yang boleh memberi faedah kepada manusia.
3. Barang yang hendak digadai adalah hakmilik
penggadai.
4. Barang yang hendak digadai tersebut mestilah
dimiliki dan boleh diserahkan ketika berlakunya akad atau sighah.
5. Barang yang hendak digadaikan mestilah
ditentukan harganya.
6. Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.
10. Apakah perbezaan antara pajak gadai konvensional dan
pajak gadai Islam?
Pajak gadai konvensional adalah pajak gadai yang menjalankan operasinya yang
tidak mengikut hukum syarak. Pajak gadai konvensional berasaskan kadar faedah
dan beroperasi demi keuntungan semata-mata, sementara pajak gadai Islam membawa
konsep pinjaman tanpa faedah berasaskan prinsip Qard al-hasan,
dengan tujuan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Penggadai
dikenakan upah kerana menyimpan ke atas nilai barang gadaian.
11. Apakah kelemahan pajak gadai konvensional?
1. Nilai gadaian merosot.
2. Mengenakan kadar faedah yang berlebihan.
3. Memberi nilai gadaian yang rendah.
4. Nilai aset gadaian sukar dibaca atau
difahami.
5. Mengenakan bayaran terhadap salinan aset gadaian.
6. Melelong gadaian bernilai lebih RM100 tanpa
memberitahu penggadai.
7. Wang lebih gadaian tidak dipulangkan.
8. Pemberitahu upacara lelong tidak disebarkan
seluasnya.
9. Pemegang pajak gadai menuntut wang pendahuluan.
Cara yang tepat serta diiktiraf
oleh Islam adalah konsep ar-rahn atau cagaran.
Iaitu bagi memastikan komitmen
peminjam untuk membayar hutangnya, pemberi hutang dibenarkan oleh Shariah untuk
meletakkan syarat tertentu yang boleh menguatkan janji orang berhutang untuk
menyempurnakan hutangnya.
Caranya adalah dengan meminta
orang berhutang meletakkan apa-apa asset yang sesuai dengan nilai pinjamannya
sebagai cagaran. Aset yang ingin dicagar perlu melihat syarat berikut (
Al-‘Uqud Al-Musammah, Az-Zuhayli, hlm 362) :-
a- Punyai nilai di sisi Islam dan
undang-undang seperti komputer, motorsikal, televisyen, radio dan lain-lain.
b- Bukan benda yang diharamkan
sepeti arak, babi, bon riba dan lain-lain sepertinya.
c- Benda yang tidak dimiliki orang
yang mencagar.
d- Bukan hutang orang ketiga yang
belum sabit statusnya. Ertinya, tidak boleh mencagarkan hutang orang lain yang
belum pasti pemulangannya kepada kita sebagai cagaran untuk hutang kita.
Haram dan dosa besar
mencagarkan isteri atau anak perempuan sebagaimana kes yang pernah berlaku di
zaman jahiliyah silam dan moden ini.
Sebagai contoh, pinjaman RM 2000,
maka adik anda perlu mencagarkan computer peribadinya kepada saudara. Ini
menyebabkan computer itu akan berada dalam simpanan saudara. Apabila adik anda
gagal menyelesaikan hutangnya, anda dibenarkan untuk menjual computer itu di
pasaran dengan harga biasa. Jika saudara Berjaya perolehi RM 2500, baki RM 500
perlu diserahkan kembali kepada adik , manakala RM 2000 adalah milik anda
sebagai bayaran hutang yang gagal dibayar tadi.
Jika hasil jualan hanya RM1500,
anda masih berhak menuntut baki RM 500.
Selain itu bagi sesiapa yang
berkemampuan, Islam juga menggalakkan mereka memberikan tangguh tempoh
pembayaran hutang TETAPI DENGAN SYARAT TIADA SEBARANG PENALTI (kerana ia
riba)..atau lebih hebat dari itu adalah menghalalkan sahaja jumlah hutang yang
gagal di bayar itu.
Ia tercatat dalam firman Allah swt
: -
وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ
إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : Dan jika (orang
berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan.
Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika
kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )
kategori
larangan
kerana menjual benda yang tidak dimiliki olehnya lagi.
Namun
mungkin ada yang akan mengatakan bahawa situasi yang berlaku kepada anda tadi
boleh dianggap sebagai seperti Bai
Al-Fudhuli atau belian tanpa disuruh. Contoh : Adik anda beli buku
tanpa anda suruh dan kemudian dia datang kepada anda dan minta anda bayar harga
buku itu kerana buku itu dibeli bagi pihak anda kerana katanya dia pasti anda
akan beli jika anda jumpa buku itu atau lain-lain sebab.
Hukum : Dalam konteks
contoh di atas, belian al-Fudhuli
ini dianggap mawquf
atau hukumnya tertakluk kepada persetujuan anda. Jika anda setuju, ia sah dan
halal serta perlulah anda membayar kepada adik anda itu. Jika anda tidak
setuju, adik anda perlu menanggung sendiri kosnya dan buku itu miliknya.
Tetapi
:
Dalam konteks apa yang berlaku kepada anda, pada hemat saya ia tidak boleh
disamakan dengan bai al-Fudhuli berdasarkan hadis berikut :-
قال يا رَسُولَ اللَّهِ يَأْتِينِي
الرَّجُلُ فَيُرِيدُ مِنِّي الْبَيْعَ ليس عِنْدِي أَفَأَبْتَاعُهُ له من السُّوقِ
فقال لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ
Ertinya
: "Wahai Rasulullah : Telah datang kepada aku seorang lelaki dan ia ingin
dari untuk menjualkan kepadanya sesuatu yang tidak aku miliki, adakah boleh
untukku menjual kepadanya apa yang ada di pasar, Baginda menjawab : Jangan kamu
menjual benda yang belum kamu miliki" [3]
Al-Mubarakfuri
dalam kitabnya Tuhfatul Ahwazi :
دليل على تحريم بيع ما ليس في ملك الإنسان
ولا داخلا تحت مقدرته وقد استثنى من ذلك السلم فتكون أدلة جوازه مخصصة لهذا العموم
Ertinya
: Hadis ini dalil haramnya jual benda yang tidak dimiliki dan tidak termasuk
dibawah milik dan kemampuannya, diberikan penegecualin dalam bab Bai ‘ As-Salam
kerana terdapat dalil khusus yang mengecualikannya dari umum hadis ini.
(Tuhfatul Ahwazi)
Beliau
menjelaskan lagi, haram menjual sesuatu yang belum di dalam milik anda tatkala
aqad jualan dibuat.
Sumber Asal Dipetik dari: http://stpmsyariah.blogspot.com/2012/11/rahnun-gadaian.html