Tuesday, January 28, 2014

Gandakan Emas Anda. (Simpanan Masa Hadapan)









Sekarang masa yang sesuai untuk menambah koleksi emas untuk simpanan masa hadapan. Harga emas jatuh memberi impak kepada pelaburan emas dan pelabur.

Oleh itu jadilah pengguna dan pembeli yang bijak, ambillah peluang sekarang untuk memiliki barang kemas untuk dijadikan simpanan. Pada hemat saya pelaburan emas mungkin salah satu pelaburan yang bijak jika dibandingkan dengan pelaburan lain. Ini kerana dalam tiap-tiap pelaburan ia mempunyai risiko tersendiri yang mana mungkin boleh menyebabkan anda menanggung kerugian. Kerugian pelaburan emas mungkin kurang sedikit daripada pelaburan lain. Jika harga emas jatuh merudum sekalipun ianya masih bernilai dan boleh menjadi cagaran untuk ditukarkan kepada matawang atau FIAT. 

Anda juga boleh mengurus sendiri pelaburan anda. Yang mana pelaburan yang anda uruskan mungkin lebih baik daripada mendapat keuntungan hasil pelaburan anda ditempat lain. Tetapi pelaburan ditempat lain juga adalah satu sumber pendapatan... ;)

Oleh itu saya cadangkan kepada anda semua beli barang kemas dengan cara ansuran. 

Sebagai Contoh Anda ada RM 1000 tunai yang mana sebahagian daripada itu mungkin anda perlukan untuk membeli atau sebagainya. Tetapi jangan risau anda masih boleh membeli atau memiliki barang kemas. Daripada RM 1000 tadi mungkin anda boleh membeli seutas rantai tangan. Dengan seutas rantai tangan ada boleh tukarkan kepada Tunai kembali iaitu dengan cara anda gadaikan rantai tangan tersebut yang mana mungkin anda mendapat kembali anggaran 65% - 70% daripada RM1000 tunai anda. Yang mana berjumlah 650 / 700 dan baki 350 / 300 mungkin juga boleh dipanggil sebagai bayaran muka (Down Payment) untuk rantai tangan tersebut. Senang. haha  :p

Untuk mendapatkan rantai tersebut anda perlu mengecilkan pinjaman anda dengan membuat bayaran ansuran.  Contohnya : 700 mungkin boleh dihabiskan dalam masa 7 Bulan jika anda membuat bayaran sebanyak 100 sebulan. dan anda boleh mempercepatkan masa dengan membayar lebih sedikit bergantung kepada kemampuan anda.

 Tetapi perlu di ingatkan kembali jika barangan yang digadai kebiasaannya mempunyai upah simpan yang mana bergantung kepada pemberi pinjaman tersebut samaada mengira upah simpan berdasarkan nilai Pinjaman atau nilai Marhun.

Tetapi jika anda melakukan gadaian di Ar-Rahn perkiraan upah kami adalah berdasarkan nilai pinjaman yang tinggal. Jika nilai pinjaman berkurang upah akan turut sama berkurang. 

Buat perkiraan anda sendiri dan buat pilihan yang sewajarnya. 

Tiada paksaan dalam gadaian.

Jika saya tersilap sila perbetulkan.

Sekian.

AR-RAHN

Adil . Telus . Mudah









No comments:

Post a Comment